Karier kelab Didier_Zokora

Awal karier

Dilahirkan di Abidjan, Zokora memulakan kariernya di Ivory Coast bersama Académie MimoSifcom.[3] Dia ditawarkan kontrak profesional bersama-sama adiknya, Armando oleh kelab Ivory Coast, ASEC Mimosas. Tragedi berlaku setelah Armando mati lemas ketika meraikan di pantai di Grand-Bassam; sempena mengingati adiknya, Zokora mempunyai tatoo Armand di lengan kanannya.[4]

Pada tahun 2000, dia berpindah ke luar negara untuk bermain bersama pasukan Belgium, Racing Genk dan memenangi Liga Jupiler Belgium semasa musim 2001–02, dimana pengurus Sef Vergoossen dinamakan jurulatih tahunan dan Wesley Sonck merupakan penjaring terbanyak. Zokora kemudiannya beraksi sebanyak 126 perlawanan untuk kelab itu termasuk ketika seri 1–1 dengan Real Madrid pada 12 November 2002.[4][5] Pada musim panas tahun 2004, dia menyertai kelab Perancis, AS Saint-Étienne.

Tottenham Hotspur

Zokora menyertai Tottenham pada musim panas tahun 2006 selepas aksi untuk pasukan kebangsaannya semasa Piala Dunia FIFA 2006 di Jerman. Perjanjian itu dilaporkan oleh media bernilai £8.2 juta.[4][6][7] Sejurus selepas menyertai kelab Liga Perdana Inggeris itu, ianya telah diumumkan pada 24 Oktober 2006 bahawa Zokora telah dijangkiti malaria selepas jatuh sakit pada pagi hari perlawanan peringkat kumpulan Piala UEFA menentang Beşiktaş di Istanbul.[8] Zokora dimasukkan ke hospital selama empat hari dan mengambil masa dua minggu untuk sembuh,[9] menyebabkannya terlepas perlawanan menentang Beşiktaş, dua perlawaan Liga Perdana dan satu perlawanan Piala Liga. Ianya telah diumumkan pada 31 Oktober bahawa Zokora telah kembali menjalani latihan bersama pasukan utama.[10]

Dia memenangi Piala Liga pada tahun 2008 bersama Tottenham, trofi pertama mereka dalam tempoh 9 tahun, selepas jaringan Jonathan Woodgate mengesahkan kemenangan 2–1 ke atas seteru London, Chelsea.[11] Dia juga merupakan sebahagian daripada skuad Tottenham yang kembali ke Stadium Wembley pada tahun berikutnya untuk perlawanan akhir Piala Liga menentang Manchester United. Tottenham tewas menerusi penalti selepas kedua-dua pasukan seri 0–0 dimana Zokora bermain keseluruhan 120 minit perlawanan.[12] Zokora berjaya menyempurnakan penalti ketika penentuan sepakan penalti menentang PSV Eindhoven dalam Piala UEFA.[13][14]

Pada 30 Ogos 2008, Zokora menandatangani kontrak baru empat tahun bersama Spurs yang akan mengekalkannya di White Hart Lane sehingga musim panas tahun 2012.[15] Pada bulan Januari 2009, kelab itu menandatangani pemain tengah Honduras, Wilson Palacios dari Wigan. Pembelian itu menyebabkan Zokora berada di bangku simpanan dan hanya bermain keseluruhan 90 minit tiga kali selepas bulan Januari.[16] Pada 15 Mac, Zokora brmain di posisi pertahanan kiri untuk Spurs untuk mengawal pemain Aston Villa, Ashley Young, Zokora dikeluarkan selepas 30 minit dan digantikan oleh Vedran Corluka.[17] Walaupun dia berada di kelab itu selama tiga tahun, Zokora gagal menjaringkan gol dalam 134 penampilan.

Sevilla FC

Semasa tingkap perpindahan musim panas tahun 2009, Zokora menyertai Sevilla FC dengan yuran yang tidak didedahkan, dilaporkan termasuk €30 juta klausa perpindahan.[18][19][20][21] Dia membuat penampilan sulungnya untuk kelab Sepanyol itu pada 30 Ogos 2009 dalam perlawanan La Liga ketika kekalahan 2–0 kepada Valencia, masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-21 menggantikan pemain cedera, Romaric.[22] Dalam musim pertamanya di Andalusia, Zokora berjaya membantu Sevilla kembali ke Liga Juara-Juara Eropah selepas menamatkan liga di tempat ke-4. Dia juga membantu kelab itu memenangi Copa del Rey kelima mereka dengan menewaskan Atletico de Madrid 2–0 di Nou Camp.[23][24]

Pada 29 Januari 2011, Zokora masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-77 menggantikan Federico Fazio dan berjaya membuat satu-satunya bantuan gol darinya pada musim itu kepada Álvaro Negredo, dimana Sevilla bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk seri 3–3 dengan Deportivo La Coruña.[25]

Trabzonspor

Zokora menyertai kelab Turki, Trabzonspor pada 2 Jun 2011 dengan perjanjian empat tahun.[26][27] Kelab Turki itu mengumumkan bahawa yuran perpindahan bernilai €5 juta,[28] dengan pemain itu akan memperoleh €1.625 juta semusim.[29]Dia membuat penampilan sulungnya pada 10 September 2011, ketika menentang Manisaspor.

Ketika kekalahan 2–0 pada 15 April 2012 kepada Fenerbahçe, Zokora telah didiskrimasi perkauman oleh pemain tengah Emre Belözoğlu. Zokora berkata bahawa Emre memanggilnya "fucking !@#$%^&*". Emre menerima penggantungan dua perlawanan dari Persekutuan Bola Sepak Turki susulan insiden itu.[30][31] Zokora membalas dendam terhadap bekas pemain tengah Newcastle itu ketika kedua-dua kelab itu bertemu sekali lagi pada 6 May dimana Trabzonspor kalah 3–1,[32] dengan menyepak Emre dan menerima kad kuning kerana kekasaran itu.[33]

Pada 29 April 2014, dia meninggalkan Trabzonspor.[34]

Rujukan

WikiPedia: Didier_Zokora http://www.academie-jmg.com/en/component/fabrik/de... http://www.cafonline.com/competition/african-cup-o... http://www.cafonline.com/competition/african-cup-o... http://www.cafonline.com/football/news/21231-zokor... http://www.cafonline.com/userfiles/file/Comp/CAN20... http://sportsillustrated.cnn.com/multimedia/photo_... http://sportsillustrated.cnn.com/multimedia/photo_... http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrec... http://www.givemefootball.com/premier-league/crazy... http://soccernet.espn.go.com/columns/story/_/id/10...